minyak kelapa dara utk rambutPenggunaan Minyak Kelapa Dara Untuk Rambut  yang bermasalah seperti rambut gugur, rambut yang kering dan kulit kepala yang berkelemumur telah lama dipraktikkan oleh masyarakat Polinesia sejak ribuan tahun dahulu. Kalau anda nak tahu, Wanita Polinesia memang terkenal dengan kulit yang mulus rambutnya yang cantik walaupun mereka terdedah dengan sinaran matahari yang terik dan panas setiap hari serta wap air laut yg boleh merosakkan kecantikan kulit dan rambut mereka. Tetapi disebabkan mereka mengamalkan penggunaan minyak kelapa dara setiap hari, kulit dan rambut mereka tetap cantik dan subur dan diiktiraf oleh masyarakat dunia. Wah! Memang hebat minyak kelapa dara ini. Cuba kita lihat  iklim di Malaysia sekarang ini, memang sangat panas dan terik dan kadangkala kulit kita macam terbakar dan rambut sangat kering.Betul x? Apa kata kita amalkan penggunaan minyak kelapa dara ini sebagai losyen kulit dan pelembap rambut kerana tiada minyak lain yang dapat menandinginya. Wah..lepas ni kita akan jadi secantik wanita Polinesia la kan..huhu  ^_^.

 

Ok, saya ada terbaca artikel mengenai  satu kajian pakar mengatakan minyak kelapa dara mengandungi tekstur krim alami yang berasal dari sumber-sumber sayuran dan bebas dari pestisida dan bahan kimia. Susunan molekulnya yang sangat kecil  memudahkan penyerapan  dan memberikan tekstur rambut yang lembut ,halus pada kulit dan rambut. Bermaksud minyak kelapa dara ini mempunyai khasiat  semulajadi yang  sangat baik untuk rambut.Penggunaan  minyak kelapa dara untuk rambut bermasalah adalah jalan penyelesaian terbaik.

 

Sahabat, setuju tak anda bahawa pada masa sekarang sangat ramai orang muda  berumur 20 -30an mempunyai masalah rambut gugur. Senang cakap kepala botak. Bukan botak dicukur atau dipotong, tetapi rambut semakin hari semakin kurang.Ada yang bentuk “M” ada yang bentuk macam “pulau” .Apakah puncanya? Mungkin faktor pemakanan dan cuaca yang sangat terik dimana dikaitkan dengan pemanasa global. Dahulu umur 50 tahun ,rambut baru nak gugur, tapi sekarang seawal 20an rambut dah tiada. Memang malu bila nak kahwin rambut botak,keyakinan diri pun berkurang, kecekapan dan prestasi kerja semakin jatuh. Betul tak?  Baiklah, sebelum ianya berlaku pada anda, cepat-cepatlah bertindak. Apa yang anda perlu lakukan? Mudah sahaja, amalkan pemakaian minyak kelapa dara untuk rambut anda. Insha Allah, dengan IzinNya, rambut anda kekal sihat,subur dan lebat. Bertindak sebelum terlambat ya!!

 

Disini saya nak bagi teknik bagaimana nak menggunakan minyak kelapa dara pada rambut anda.

minyak kelapa dara untuk rambut

  1. Semasa mandi petang, shampoo rambut anda dengan bersih.  Urutkan permukaan kulit rambut anda menggunakan sikat yang lembut. Urutan menggunakan jari yang terlalu kuat boleh menyebabkan rambut rosak dan rosak. Sebaiknya mengunakan sikat yang lembut. Selepas itu bilas rambut anda sebersihnya, pastikan jangan ada buih-buih shampu yang tertinggal pada kulit rambut anda.
  2. Lapkan rambut anda sehingga kering. Biarkan rambut anda sehingga betul-betul kering dengan sendiri.
  3. Gunakan minyak kelapa dara dan sapukannya pada permukaan kulit rambut anda secara rata. Sebaiknya pukul 9 malam.biarkan minyak kelapa dara meresap selama 2 jam. Pada masa itu, mungkin rambut anda akan merasa gatal.jangan garu mengunakan jari anda, sebaiknya menggunakan sikat rambut yang lembut.
  4. Pada masa mandi pagi, cuci dan bilas rambut seperti biasa. Bila merasa gatal pada kulit rambut, urut mgnggunakan sikat rambut yang lembut tadi. Biasanya kegatalan rambut akan hilang selama satu hari. Apabila sudah biasa amalkan, kegatalan tidak akan dirasakan lagi.
  5. Anda akan dapat lihat perubahan setelah sebulan anda amalkannya. Bergantung pada jenis kulit dan tahap masalah rambut anda. Amalkannya secara konsisten.

 

 

 

Artikel berkaitan :

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Pengidap Diabetes (Kencing Manis)

Filed under: Blog

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!