Siapa sangka bahawa amalan pengambilan satu sudu  minyak kelapa dara dua kali sehari boleh menyingkirkan beberapa pound atau kilogram dari badan anda? Kajian lain juga menunjukkan bahawa kegunaan minyak kelapa dara dalam meningkatkan kualiti kesihatan dalam pelbagai cara.

coconuts-leavesMinyak kelapa dara adalah berbeza daripada minyak masak yang lain kerana ia mempunyai asid lemak rantaian sederhana dan bukannya asid lemak rantai panjang. Ia juga mengandungi asid kaprilik, asid kaprik dan asid laurik dan semua bahan yang baik serta memberi manfaat kepada kesihatan kita.

Antara Kegunaan Minyak Kelapa Dara adalah:

1. Berat badan.

Jika anda ingin menghilangkan lemak perut, inilah masanya untuk anda amalkan minyak kelapa anda kerana anda pasti akan berpuas hati dengan kajian terbaru yang menunjukkan wanita yang mengambil minyak kelapa dara setiap hari akan kehilangan lemak di kawasan perut mereka.

Ini disokong oleh satu kajian pada tahun 1986 oleh TB Seaton et al dalam American Journal of Clinical Nutrition yang menunjukkan orang yang memakan makanan yang mengandungi asid lemak rantaian sederhana, peningkatan kadar metabolik badan mereka secara purata adalah sebanyak 12%, berbanding dengan hanya 4% pada mereka makan makan dengan asid lemak rantai panjang. Ini membantu membuktikan teori bahawa badan menggunakan minyak kelapa dara untuk tenaga dan tidak menyimpannya sebagai lemak dan inilah yang menggalakkan penurunan berat badan.

2. Penghadaman yang lebih baik:

Ramai di antara kita sudah biasa dengan kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit dan senak perut. Dengan menggabungkan minyak kelapa dara ke dalam diet anda, anda akan mendapati pengurangan yang ketara dalam masalah penghadaman anda. Selain melancarkan penghadaman anda, kegunaan minyak kelapa dara dalam usus anda adalah melawan bakteria yang tidak sihat serta membantu dalam penyerapan nutrien dalam badan.

3. Tiroid yang lebih cekap:

Sesetengah pesakit  hipotiroidisme telah dilaporkan dapat memperbaiki atau merawat sama sekali penyakit yang dialami dengan memakan minyak kelapa dara setiap hari. Walaupun keputusan kajian saintifik masih belum lagi muktamad, anda mungkin mahu mencuba mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara dalam penyembuhan hipotiroidisme. Tetapi seelok-eloknya berundinglah dahulu dengan doktor anda.

4. Jantung sihat:

Kajian telah menunjukkan bahawa kegunaan minyak kelapa dara dalam mengurangkan risiko kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan serangan jantung. Ini kerana lemak tepu dalam minyak kelapa dara mengandungi kira-kira 50% asid laurik yang sangat baik untuk jantung serta mengurangkan kadar kecederaan di arteri.

5. Sistem imun yang lebih kuat:

Minyak kelapa dara sememangnya diakui mengandungi anti-virus, anti-kulat dan anti-bakteria  yang membantu badan dalam menangkis pelbagai penyakit. Berterima kasihlah kita kepada lipid anti-mikrob, asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terkandung di dalam minyak kelapa dara.5352797795_291bb45d78_z

6. Kulit yang sihat:

Minyak kelapa dara mempunyai sifat antioksidan yang besar dan pelembap yang hebat. Ia juga membantu menentang bakteria dan masalah kulit lain termasuk ruam, dermatitis, jerawat, kedut, ekzema dan psoriasis. Jika anda mempunyai kawasan kulit yang bermasalah, sapu minyak kelapa dara pada kulit untuk melegakan keradangan dan mengurangkan gejala-gejala masalah kulit. Kegunaan minyak kelapa dara sebagai minyak urut juga membantu dalam melambatkan tanda-tanda penuaan apabila digunakan pada muka anda.

7. Rambut yang sihat dan kulit kepala:

Minyak kelapa dara membantu mengurangkan kehilangan protein semasa bersyampu. Untuk rambut lebih berkilat, lebih kuat dan kusut, sapu sedikit minyak kelapa dara pada rambut dan kulit kepala anda selepas cucian. Selain daripada menjadi perapi yang sangat baik, ia juga membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak dan menyediakan protein penting menyihatkan semula rambut yang rosak. Maka terbuktilah kegunaan minyak kelapa dara dalam mengekalkan kesihatan rambut

8. Menghalang ‘Strech Mark’

Kegunaan minyak kelapa dara dalam menghalang penghasilan ‘strech mark’ ketika mengandung sememangnya sangat popular di Asia. Anda sememangnya sudah ada ‘strech mark’?? Jangan risau, ramai wanita mendapati sapuan minyak kelapa dara pada kawasan strech mark secara berterusan  dapat menghilangkan tanda ‘strech mark’ dan minyak kelapa dara juga amat baik dalam mengurangkan tanda ini!

Artikel lain berkenaan kebaikan minyak kelapa dara di sini >> http://www.minyakkelapadara.com/kebaikan-minyak-kelapa-dara/

Filed under: Blog

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!