1. APAKAH FUNGSI MINYAK KELAPA DARA ?

Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ adalah 100% Asli, Berkualiti & Dibacakan 30 Juzu’ serta Ayat-ayat Syifa’Fungsinya membantu mencegah, merawat dan memulih penyakit seperti: KOLESTROL, SAKIT JANTUNG, RESDUNG, KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI, PENYAKIT KULIT, GOUT, KESUBURAN RAMBUT.

Antara 1001 kelebihan dan manfaat lain jika diamalkan secara pemakanan dan penggunaan:

1.Kecantikan Luaran
2.Kesihatan Dalaman
3.Meningkatkan Daya Tahan Tubuh,
4.Membunuh Virus,Bakteria,Kulat Dan Jangkitan
5.Hubungan Suami Isteri

Pakar-Pakar Kesihatan dunia telah membuat kajian tentang minyak kelapa dara dan terbukti minyak kelapa dara mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan badan manusia. Mereka menyarankan agar jadikan minyak kelapa dara sebagai pelan pemakanan harian kita.

Untuk kes-kes penyakit yang sudah sampai tahap kritikal, boleh mengambil minyak kelapa dara ini sebagai suppliment, tetapi disarankan mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

 

2. APAKAH KESAN SEGERA PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA PADA TUBUH ?

1. Melegakan pernafasan
-mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
Menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis

3. Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh
Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan anda akan rasa lebih bertenaga

4. Didalam usus kecil dan usus besar ia akan memusnahkan organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protoza (cacing). Oleh itu penghadaman akan mencapai pada tahap maksimum.

5.Mengurangkan keadaan mudah lapar
Bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal tidak perlu makan banyak dan kerap.

6.Mengurangkan kandungan lemak badan
Berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang

7. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
Mengelak terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung

8. Mempercepat penggantian sel sel mati dengan yang baru

9. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit.

 

3. BAGAIMANA CARA PENGGUNAAN ?

Amalkan pemakanan Minyak Kelapa Dara A-Syifa Satu Sudu Makan (Dewasa) , Satu sudu Teh (Kanak-Kanak) Setiap Pagi dan Petang Selepas Makan.
Untuk kegunaan luaran, Sapu pada bahagian bermasalah.

Sebelum menggunakannya, Hendaklah
1. Membaca bismilah
2. Selawat keatas Nabi Muhammad
3.Doa supaya dipulihkan penyakit

*Jangan dilangkah dengan sengaja. Simpan ditempat yang tinggi dan jgn diletakkan dalam peti sejuk

 

4. PRODUK NI BERAPA LAMA BARU BERKESAN?

Minyak Kelapa Dara As-Syifa digunakan sebagai Dietary Supplimet berfungsi mencegah dan merawat penyakit . Khasiatnya untuk kesihatan memang diakui oleh pakar-pakar kesihatan dunia dimana kajian-kajian yang dijalankan mendapati minyak kelapa dara adalah makanan yang terbaik untuk kesihatan badan.

berapa lama kesan produk dalam merawat penyakit bergantung pada tahap keseriusan penyakit itu. Amalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dan lihat perubahan tahap kesihatan anda. Hampir 90% pengguna yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara sebagai diet harian mereka memberikan respon positif dimana kesihatan mereka bertambah baik.

Penghasilan Minyak Kelapa Dara kami adalah yang berkualiti tinggi tanpa proses pemanasan haba dan campuran bahan kimia iaitu 100% Asli dan digabungkan pula dengan bacaan 30 Juzuk Al-Quran dan Ayat-Ayat Syifa oleh pelajar tahfiz Saadah Addarain, Insha Allah, dengan kualitinya dan kehebatan rawatan Al-Quran, penyakit anda dapat di sembuhkan, Insha Allah.

 

5. BAGAIMANA MKD MERAWAT PENYAKIT JANTUNG?

Salah satu fungsi MKD adalah Membantu mencegah penyakit jantung. Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak MKD membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

 

6.  BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBERI TENAGA?

Apabila kita makan, sistem badan akan tukar makanan kepada tenaga. Namun kadar metabolisme membezakan kadar tenaga yang dihasilkan.Semakin tinggi kadar metabolisme, semakin banyak tenaga dihasilkan.

Salah satu kelebihan Minyak Kelapa Dara (MKD) D’aura, ia dapat menjana tenaga berlebihan!

Bagaimana??

MKD mula dihadamkan dengan enzim saliva (enzim dlm air liur). Ia baik untuk mereka yang ada masalah metabolik rendah. Kemudian, MKD akan dihantar ke hati untuk tenaga yang lebih maksima.

MKD juga boleh masuk ke dalam sel dengan mudah tanpa bantuan enzim .Proses pencernaan menjadi lebih cepat, sekaligus hasilkan tenaga dalam masa yang singkat!

Jangan tunggu lagi! Dengan hanya sesudu pagi dan petang, MKD D’aura pastinya terbaik sebagai makanan supplement anda setiap hari!

 

7.   BAGAIMANA MKD AS-SYIFA  BOLEH BERFUNGSI UNTUK KECANTIKKAN LUARAN?

Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ adalah ia boleh digunakan untuk kecantikan luaran. Ia adalah yang terbaik sebab MKD tiada campuran bahan kimia.. hanya 100% MKD tulen!

1) PELEMBAP : Hanya sapu MKD pada leher dan muka dapat mengelakkan kulit kering. Kalau ada yang risau jika kesan kilat berminyak akan terjadi, jangan risau! minyak ini mudah diserap oleh kulit. Kalau tak nak sapu di waktu siang, boleh disapu sebelum tidur dan dicuci keesokan harinya.

2) KRIM MATA : Sedikit sapuan nipis di bahagian bawah mata pada waktu malam untuk mengurangkan bengkak bawah mata serta garis-garis halus/penuaan.

3) MAKE-UP REMOVER : Letakkan beberapa titik VCOA pada kapas pembersih muka dan solekan anda akan hilang dengan mudahnya!

4) SERUM RAMBUT : Ratakan MKD pada tapak tangan dan sapukan ke rambut dan kulit kepala. Sesuai sebagai perapi rambut lurus ataupun kerinting. Ia boleh melebatkan dan menghitamkan rambut serta merawat rambut rosak.

Kesimpulannya, gunakan lah Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ sebagai suplemen yang wajib disapu dan dimakan setiap hari!

 

8.  TIPS PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA

MINUM / AMBIL minyak kelapa dara (MKD) As-Syifa’ satu sudu makan pada waktu pagi dan petang selepas makan.

KENAPA??

Pada masa ini sistem pencernaan badan kita menjadi sedikit perlahan atau kurang aktif. Jadi ini akan memudahkan MKD bertindak dan bekerja dalam badan kita.

ELAKKAN..

Pengambilan MKD pada waktu tengahari kerana pada masa ini, sistem badan kita sangat aktif bekerja untuk mencerna makanan dan sebagainya.

Pengambilan MKD sebelum makan kerana tindak balas mungkin tidak akan berlaku kerana MKD yang kita minum akan ditimpa oleh makanan yang kita ambil.

PALING PENTING SEKALI…

Pastikan anda minum air kosong dengan cukup, sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk membantu proses penyingkiran atau penyahtoksin dan badan akan terasa lebih segar dan bertenaga.

 

9.  BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MERAWAT GOUT?

Jika dahulu, Gout hanya dihidapi oleh orang2 yang berumur. Tapi kini tidak lagi. Kajian menunjukkan 60% rakyat Malaysia mempunyai penyakit gout dan 32% daripadanya adalah pemuda berusia linkungan 25-40 tahun!

Pesakit gout bukan sahaja perlu menahan sakit yang teramat sangat ketika serangan berlaku, malah perlu berpantang dalam pemakanan.

Jadi, apa tunggu lagi?? ELAK serangan Gout dengan Minyak Kelapa Dara (MKD) As-Syifa’ sekarang!

Bagaimana??

MKD meredakan gout dengan meningkatkan metabolisma dan melancarkan sistem perkumuhan. Oleh itu, badan tidak akan menghasilkan banyak asid urik dan dapat menyingkirkan asid urik dengan cepat.

Dengan hanya sesudu MKD pagi dan petang, anda tidak perlu bimbang serangan ulangan gout yang menghantui anda sekian lama. Malah anda boleh menikmati apa jua makanan tanpa memikirkan tentang pantang anda..

Jalanilah hidup yang sihat dengan MKD As-Syifa’!

 

10. APAKAH KEBAIKKANNYA UNTUK IBU HAMIL?

IBU HAMIL AMBIL PERHATIAN!

Minyak kelapa dara (MKD) boleh dikategorikan sebagai suplemen untuk badan kerana khasiatnya yang pelbagai sesuai untuk diambil ibu yang sedang hamil.

Berikut adalah kebaikan minyak kelapa dara bagi ibu hamil :

Kajian telah menunjukkan apabila MKD dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda!

Pengambilan MKD pada peringkat awal kehamilan membantu mengurangkan ‘morning sickness’ atau alahan yang teruk. MKD berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil MKD sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan.

Pengambilan MKD oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan.

Boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang.

MKD disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Ia sebagai persediaan memudahkan proses bersalin serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

 

11.  ADAKAH IA BAIK UNTUK  KULIT BAYI & IBU?

Sapukan minyak kelapa dara untuk keselesaan bayi dan melembutkaan kulit bayi. Urutan boleh membantu bayi anda tidur dengan lebih mudah dan lena.

Jika bayi anda mempunyai maslaah kulit kepala berkerak, minyak kelapa dara mampu menyingkirkan kerak tersebut dan melembapkan kulit kepala bayi. Dalam masa yang sama, ia bertindak sebagai pelebat rambut bayi anda!

Ruam bayi yang mengakibatkan gatal-gatal dapat dikurangkan hanya dengan sapuan pada bahagian ruam tersebut. InsyaAllah ia member keselesaan pada bayi.

Untuk ibu pula, minyak kelapa dara bagus untuk melembapkan kulit yang rosak. Stretch mark insyaAllah dapat dikurangkan sehinggan 80%.

Baik juga untuk menjadi ‘Nipple Cream’ untuk menghindarkan dari kulit menjadi kering di bahagian tersebut akibat daripada breastfeed bayi anda..

Pada wanita yang sedang hamil, bolehlah dapatkan Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ sebagai persediaan untuk menjadi ibu! Pada ibu yang sudah melahirkan, anda masih belum terlambat!

 

12. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA  MENGUBATI RESDUNG?

Gejala resdung atau sinusitis antaranya adalah batuk, gatal hidung, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat serta badan akan terasa demam.

Punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.

Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit!

Pengambilan minyak kelapa dara insyaAllah akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.

Hanya dengan satu sudu makan pagi dan petang selepas makan, Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ secara berterusan boleh merawat masalah resdung yang sentiasa membelenggu anda. MUDAH kan??

Malah boleh juga disapukan sebelum tidur pada muka dan hidung sebagai usaha tambahan.. InsyaAllah, anda tidak perlukan lagi ubat-ubatan anda!

 

13. BAGAIMANA MKD AS-SYIFA MEMBEBASKAN ANDA DARI DIABETES.KENCING MANIS?

SIHAT TANPA KENCING MANIS!

Penyakit utama kelima di Malaysia, Diabetes atau kencing manis adalah disebabkan glukosa di dalam badan pesakit gagal dihantar oleh insulin ke seluruh badan akibat daripada kekurangan enzim Insulin di dalam badan.

Dalam satu kajian dijalankan, lebih 80% rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis dan berpostensi mendapat kencing manis! Kajian tersebut turut membuktikan, lemak berlebihan dalam badan boleh menjadi salah satu faktor terjadinya diabetes.

Jadi bagaimana minyak kelapa dara dapat merawat kencing manis sedangkan minyak kelapa dara mempunyai lemak??

Minyak kelapa dara mempunyai keajaiban dimana ia membantu pengaturan glukosa dalam darah. Minyak kelapa dara tidak memerlukan insulin bahkan dapat membantu memberi energi kepada sel kerana minyak kelapa dara mudah diserap oleh sel tanpa memerlukan insulin.

Dengan ini, enzim insulin yang terhasil boleh digunakan untuk aktiviti sel yang lain sekaligus dapat membaikpulih sistem penghantaran glukosa dalam darah.

Jadi apa tunggu lagi?? Dapatkan Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ yang terbukti berkesan merawat pelbagai penyakit SEKARANG!!

 

14.  TEKANAN DARAH TINGGI DAPAT DIATASI DENGAN PENGAMBILAN MKD AS-SYIFA?

TEKANAN DARAH TINGGI MEMBUNUH!

Bukan utk menakutkan, tapi sememangnya tekanan darah tinggi boleh sebabkan penyakit yang lebig serius jika tidak dirawat! Yang paling popular dan ‘killer’ adalah sakit jantung.

Percaya atau tidak, 85% rakyat Malaysia menghidapi masalah tekanan darah tinggi atau hypertension. Gaya hidup yang penuh dengan stress dan pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama penyakit ini.

Rawat masalah hypertension anda dengan Minyak Kelapa Dara (MKD) D’aura!

Bagaimana??

Hypertension berlaku kerana saluran darah menjadi sempit akibat pengumpulan lemak berlebihan dalam saluran darah dan jantung harus mengepam darah dengan lebih kuat.

MKD dapat meningkatkan metabolisma badan dan secara tidak langsung dapat merendahkan lemak berlebihan.

Jadi apa tunggu lagi! Hanya dengan sesudu MKD pagi dan petang, tekanan darah tinggi dapat dielakkan!

 

15.  BAGAIMAN MKD AS-SYIFA MERAWAT BUASIR?

BEBASKAN DIRI DARI BUASIR...

Buasir adalah penyakit di mana bibir dubur membengkak dan kadangkala disertai pendarahan.

Terdapat pelbagai rawatan dalam menyembuhkan penyakit buasir dan salah satu rawatan alternatifnya adalah dengan pengambilan berterusan minyak kelapa dara.

Bagaimana Minyak Kelapa Dara Bertindak?

Minyak kelapa dara mengandungi rantaian sederhana trigliserida (MCT).
Ia molekul yang sangat halus dan mudah diserap oleh badan dan ditukar kepada tenaga. Lalu ia mempercepatkan metabolisme sel-sel dalam badan dan menghalang sembelit serta boleh melegakan keradangan.

Bagaimana Menggunakan Minyak Kelapa Dara As-Syifa’ untuk penyembuhan buasir?

Jadikan sebagai ia makanan tambahan. Makan secara berkala iaitu 2 kali sehari, pagi dan petang selepas makan sebanyak 1 sudu besar bagi orang dewasa dan 1 sudu teh bagi kanak-kanak

Minyak kelapa dara juga boleh disapu untuk menyembuhkan buasir luaran:

1. Bersihkan kawasan yang bermasalah sebelum menyapu minyak kelapa dara.
3. Sapu 2-3 kali sehari di kawasan yang bermasalah. Lakukan sehingga buasir mengecut atau hilang sepenuhnya.
4. Untuk mengekalkan kualiti minyak kelapa dara, sila gunakan kapas yang bersih untuk menyapu minyak kelapa dara ke tempat bermasalah.

Rawat sebelum melarat. Bertindak sekarang!

 

16.  APAKAH KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG & DAN MANFAAT BAGI IBU YANG MENYUSUKAN?

Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda.

Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat khasiat tambahan , kerana ‘saturated fat’ yang merupakan ‘medium chain fatty acid’ (MCFA) dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkam dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

PENGAMBILAN & PEMAKANAN MINYAK KELAPA DARA JUGA :

Membantu memudahkan mereka melahirkan anak dan dapat membantu memulihkan kesan kulit retak (pada perut) selepas bersalin.

Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia.

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihata). Kandungan lauric oil dan capric oil yang terdapat sekitar 50% dalam MInyak Kelapa Dara akan bertindak sebagai pelindung dan perawat kulit anda. Ia akan meresap jauh kedalam kulit dan membunuh segal virus, bakteria dan protozoa.

Minyak Kelapa Dara ini sangat sesuai bagi kegunaan luaran bayi anda yang berumur dari 1 hari hingga 6 tahun. Bahagian yang penting yang perlu disapu ialah kepala (rambut ), sendi-sendi, punggung dan bahagian yang mudah terkena serangan ruam lampin, kerengsaan kulit, juga bahagian leher dan dada bayi, (bahagian yang mudah mendapat ruam susu), kulit kering dan melecet.

Anda tidak perlu bimbang kerana Minyak Kelapa Dara ini tidak mengandungi sebarang toksin ataupun bahan kimia dan tidak merbahaya jika terkena mata bayi anda.

 

17.  MKD AS-SYIFA ADA DALAM BENTUK PIL ADA TAK?

Buat masa ni kami belum lagi keluar dalam bentuk pil. Penyerapan khasiat-khasiat minyak kelapa dara adalah lebih mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh badan dalam bentuk cecair. begitu juga dgn kebanyakan rawatan alternatif di luar, kebanyakan merupakan cecair.

 

18.  ADAKAH SAYA DAPAT MANFAAT DARIPADA PEMBELIAN MKD AS-SYIFA INI?

Sudah tentu anda akan dapat manfaatnya. bukan sahaja dapat merawat penyakit dengan begitu berkesan sekali malah anda juga akan dapat saham akhirat. ini kerana sebahagian daripada jualan produk ini akan disumbangkan  untuk pembangunan Sekolah Tahfiz Saadah Addarain, Teluk Panglima Garang, Selangor . Mana-mana pihak yang terlibat dalam jual beli ini akan ada saham akhiratnya. Insha Allah.